Saturday, February 4, 2012

Maksud "Aku terima nikahnya..."

Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Apa yang tersirat disebalik lafaz ini ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Allah. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku sehingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Allah" 

Berat sungguh beban yang bakal dipikul oleh seorang suami. Nasihatilah isteri kamu. Taatilah suamimu, wahai! isteri... (Peringatan utk diriku juga yang bakal menjadi seorang isteri)

No comments:

Post a Comment

Projek DIY Tabung Sekolah

Assalamualaikum... Sama seperti tahun lepas, awal tahun mcm ni pihak sekolah akan menganjurkan Program Menabung.... Uniknya tabung perlu...